Friday, December 28, 2012

Perumpamaan Lobak, Telur, dan Kopi [VS]

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan d
an berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.





Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”


Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.


Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.



Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan..


Jadi siapakah kita hari ini?

  • Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.
  • Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

  ♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Thursday, December 27, 2012

Dah belajar AutoCAD?? [VS]

 Auto cad adalah suatu aplikasi yang berguna untuk mendesign suatu gambar sehingga menjadi maklumat. Autocad ini boleh berbentuk 2D dan 3D sehingga gambar kelihatan lebih nyata dan detail. Autocad ini biasanya digunakan untuk keperluan manufakturing dan di bahagian engineering.
Beberapa keuntungan menggunakan CAD ​​berbanding menggambar manual adalah:
1. Kualiti gambar berterusan, tidak terlalu bergantung pada skill penggambar sebagaimana gambar manual.
2. Relatif lebih tepat dan cepat pengerjaannya kerana menggunakan komputer.
3. Boleh diedit, ditambah-kurang tanpa perlu memulakan dari awal.
4. Dapat menjadi data base yang menyimpan pelbagai maklumat penting yang dibuat oleh drafter dan boleh diakses terus oleh pengguna lain.
5. Boleh dibuat library untuk komponen-komponen standard atau bahagian-bahagian yang digambar / dipergunakan berulang-ulang dalam gambar (misalnya: baud, mur, simbol-simbol, dll.) Sehingga mempermudah dan mempercepatkan dalam proses pembuatan gambar.
6. Lebih mudah dan praktikal dalam dokumentasi, duplikasi, dan penyimpanannya.
7. Boleh dibuat dengan pelbagai warna sehingga lebih menarik dan mudah difahami.

Komputer adalah suatu alat bantu pemprosesan maklumat atau data dengan mekanisme kerja input-proses-output. Dalam sistem CAD:
1. input device
Berfungsi untuk melakukan pemilihan-pemilihan menu dan pelbagai perintah (command) untuk membuat gambar mengikut keinginan. Alat ini dapat berupa: keyboard, mouse, joystick, thumb wheel, light pen, dll.
2. processing device
Berupa perisian (software) dan system pemrogramannya yang sesuai. Ada beberapa macam perisian yang biasa digunakan untuk ini, yang paling umum adalah AutoCAD.
3. output device
Berfungsi untuk memaparkan hasil-hasil gambar yang telah dibuat, boleh dalam bentuk paparan visula pada skrin monitor atau paparan cetak oleh pencetak.


Masuk sem 2 nie, start la ak menggunakan autocad ni..sesiapa yang nak cari software ini, sila download link dibawah, kalu link mati,komen yerk.. trima kasih..
 Tag: Autocad 2013, autocad 2010, autocad,

Download Autocad 2013 new!
INSTALLER
http://www.mediafire.com/?vrxgilz016pqm

pass rar/mf : hanzZame
thanks & credit to uplader : hanzzame
KEYGEN
Password keygen : sofshare.blogspot.com
pass rar/mf : hanzZame thanks & credit to uplader : hanzzame

Read more at: http://zadika4u.blogspot.com/2012/10/autocad-2013-full-version.html
Copyright zadika4u.blogspot.com Under Common Share Alike Atribution
pass rar/mf : hanzZame thanks & credit to uplader : hanzzame Download Keygen Only :

Read more at: http://zadika4u.blogspot.com/2012/10/autocad-2013-full-version.html
Copyright zadika4u.blogspot.com Under Common Share Alike Atribution
Download Autocad 2013
FULL FILE
pass rar/mf : hanzZame thanks & credit to uplader : hanzzame Download Keygen Only :

Read more at: http://zadika4u.blogspot.com/2012/10/autocad-2013-full-version.html
Copyright zadika4u.blogspot.com Under Common Share Alike Atribution
http://up.4share.vn/f/5765656e646f6f60/AUTOCAD%202013-%28WIN32_64%29-NEWFUTUREGRAPHICS.rar.file

Tq :)

 ♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Sunday, December 9, 2012

Cerita Musim Tanam Jagung [VS]

Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan kesalahan makan buah mangga, menulis surat kepada anaknya.

Bunyi begini: "Ali, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.

Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. "Ali, setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka." Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.

♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Ikut Ayat Belakang [VS]

Ali: aku ada satu cerita.
Din: cerita ape?
Ali: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Din: yela...


Ali pun memulakan ceritanya...

Ali :satu hari aku pergi memburu.
Din : memburu.
Ali : aku masuk ke dalam hutan.
Din : hutan.
Ali : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Din : berak.
Ali : aku berlari ke semak.
Din :semak.
Ali : aku pun berak.
Din : berak.
Ali : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Din : lagi.
Ali : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Din : dulu.
Ali: aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Din : ada.
Ali : aku pun tertanya-tanya.
Din : tanya.
Ali : siapa makan tahi aku?
Din: aku....

 ♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Seruan Hati Kekasih [VS]

"Seruan hatiku"
Hanya padamu
diri ini hanya milikmu
datanglah menghampiri
air mataku mengalir mengharapkanmu.
hanya padamu dan jiwaku padamu
wahai kekasihku usia kita, usiaku,
seluruh hidupku hanya untukmu.
cintamu, hayatku, diriku buat kita bercinta
sebenar- benar cinta.
 
hatiku disini, keindahanmu milikku
jadi bersatu...
hatiku memanggil
harapkan engkau sentiasa setia
hanya dirimu selepas bertahun
lihatlah sayang..
kita berjumpa disini dan bersama.
air mataku mengalir keranamu
engkaulah kekasih, diriku untukmu
seluruh hidupku, usiaku
kerna matamu aku serahkan segalanya..
apa yang daku harapkan
indahnya kau disisi
bersamaku selamanya
katakanlah kepadaku, diri ini
sekian lama mengharapkan
hati ini, perasaan ini
bersama hati dan perasaan.
Untuk pasangan berkhawin shja. :D
♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Bila Ibu sudah Tiada [VS]


Mendengarkan tajuk hati sudah terasa gundah.
Apa tidaknya, jika selama ini masih ada ibu, apabila sudah tiada, maka barulah terasa sakitnya sebuah kehilangan.

Setelah sebulan lebih ibu bersama dirumah malayan anak dan cucunya, maka memohonlah dia mahu kembali ke teratak usang yang telah lama ditinggalkan, yang amat dirindui.

Maka gusarlah dia lantas teringat akan kucing, ayam, pokok sayur yang ditanam dan pokok buah...buah apa, yang ada hanyalah buah kelapa, kerana musim buah lambatlah lagi.

Dengan akur dan taat maka si anak menghantar pulang si ibu, lantaran tidak mahu digelar anak derhaka..seterusnya dia pun hiba dan pilu..apa lagi anak-anaknya yakni cucu-cucu kepada si ibu tadi, melelehlah airmata mereka di kala mahu berpisah meninggalkan si ibu keseorangan sebatang kara di kampung.

Di saat bertolak balik ke bandar, gundahlah semua hati anak dan cucu, tidak terperi lagi.

Tinggal doa buat si ibu agar sihat dan selamat, terpelihara oleh Allah swt empunya alam.

Dan mula berpikirlah si anak, ini baru berpisah di atas dunia, kalau di alam yang berbeza?? oh maka meleleh lagi airmata si anak.

Ibu aku masih mahukan kasih sayangmu.
Allah, panjangkan usia ibuku.



 
♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Sifat Rasul [VS]

Al Amin jujur amanah dipercaya,

Fathonah cerdas 
 
wafa tepati janji 

 Tawadhu rendah hati,


Abidu berbuat baik


Shiddiq benar


suhud bukan duniawi


Amal dermawan tawakal sabar hati
Istiqomah berada dijalan lurus,
Itulah sifat rasul,Sifat sifat sempurna

♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Saturday, December 8, 2012

Doa Ketika Kesempitan Wang

"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6

   
Surah Hud Ayat 6

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ {6}

Keterangan ayat:
Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya.
(Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)
Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.
Sumber rujukan: Buku 101 doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed
- Artikel iluvislam.com

Dan ini doa yang saya dapat dari datuk saya.
 Doa ini juga boleh dibaca ketika kita memerlukan wang apabila kita kehabisan duit dinegeri orang, atau diluar negara. InsyaAllah, Allah akan bantu kita dalam apa jua cara sekali pun.

Sebarkan pada rakan anda! Hanya klik LIKE!! Alhamdulillah.

Wednesday, December 5, 2012

TanpaMu ~Inteam [VS]


Resah dan gelisahku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkaMu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantasku jatuh dan tersungkur

Tanpamu kasih ku tak berdaya
Hilang puca dan arah
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih daku derita
Lemas dalam sengsara
Jiwa dan tubuh kepedihan, tersiksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMU

Telahku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu ku lupakan
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu kupohonkan

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu yang Agung
Pasrah merayu redhaMU
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuesday, December 4, 2012

Sabar Membina Hati Yang Cekal [VS]


Rasulullah saw insan yang mulia.

Allah SWT benar-benar mengumpulkan dalam peribadi baginda segala sifat-sifat yang baik, sempurna, keluhuran budi pekerti dan akhlaq yang terpuji. Namun seringkali mendapat cacian dan cercaan dari kaum musyrikin Quraisy yang gelap mata hati.

Maka apalagi saya, anda dan kita semua sebagai manusia yang selalu terlanjur dan tersalah, tiap detik dan ketika melakukan dosa.

Dalam hidup ini kita akan selalu bertemu kata-kata yang pedas dan memilukan. Tidak sedikit, adakalanya benar-benar menyentuh hati dan menghiris perasaan.

Adapun bila anda masih berada di tengah-tengah mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih dan menitiskan air mata, mengocak dan mengusik ketenangan sanubari anda.

Firman Allah AWT:

“Jika kamu mendapat kebaikan, mereka bersedih (iri hati). Manakala apabila kamu ditimpa musibah mereka merasa gembira. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka tidak akan merosakkan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka lakukan.” (ali-Imran: 120)
 
 Allah SWT berfirman:

“Kamulah yang mengasihi mereka, padahal mereka tidak menyukaimu. Dan kamu beriman kepada semua kita-kitab. Apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, “kami beriman.” Dan apabila mereka menyendiri (terpisah dari kamu) mereka menggigit hujung jari mereka kerana marah kepada kamu. Katakanlah, “Matilah kamu dengan kemarahan kamu.” Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terpendam di dalam dada.” (ali-Imran: 119)

Bersabarlah dengannya, bahkan tunjukkanlah sifat yang terpuji dengan memperbaiki akhlaq dan melembutkan perkataan. Itu yang sebaik-baiknya.

[VS] AdaMu by Najwa Latif!!





Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

~MasyaAllah, hayati sungguh lagu najwa nie..hehe, keep work 4 Islam najwa^_^

Sunday, June 17, 2012

[VS] -Kata-Kata Hikmah Mendidik Jiwa!!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Mari belajar sambil beramal!!! Alhamdulillah, Xrugi kalau kita mengamalkan "Kata-kata Hikmah" ini sebagai pegangan kita untuk menilai tahap kesabaran, keimanan, ketaqwaan. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita hendaklah sentiasa mentarbiahkan diri agar rohani kita kita menjadi segar, bersih dari kelalaian. IsyaAllah, mari kita fahami setiap ayat yang ditulis untuk tatapan semua!! (^_^) ~Baca sambil dengar "Munajat" by Ustaz Asri Ibrahim~









 


Wednesday, June 13, 2012

[VS] Persedian Untuk Menahan Lapar dan dahaga!!!

Bismillahhirrahmanirahim,
Hohoho, setiap tahun,umat Islam akan menyambut satu bulan ini. Bulan yang paling ditunggu-tunggu, dan sangat-sangat mulia!!! Bukan bulan atas tu!! Tapi bulan yang hanya ada sekali setahun, bulan ramadhan!!! Hehe, bulan ramadhan tahun nie awal kan?? Hurm, tahun depan end tahun depan lagi, bulan ramadhan mungkin bulan 5 lgi awal!! boleh sambut raya awal2!! haha,,asyik nak raya ja, puasa??

Hahh, okey lah. Korang cam mane yerk?? Dah buat persiapan?? Dah buat, alhamdulillah. Ape persiapan nak buat?? Hmm,mungkin sebanyak mungkin amalan nie dapat membantu kita. Jom terjah, amal dan lakukan..insyaAllah.

  
(Klik gambar untuk besarkan)

Nak warming up!! First!! Niat agar bulan ramadhan kali ini lebih bersemangat untuk bangon sahur!!! hehe, ak nie berat sikit nak bangon pagi!! so, tahun nie ak puasa berjaohan dari famly!! Ohh!! tak dapat berbuka bersama?? Hmm, time raye ja balik k0t. Xpa lah, dapat puasa kt tmpt study nie kena pandai jaga masa. takot masa sahur habis!! Second!! ak nak sangat peot ak nie kempis!! kempis macam mana tu?? Hahaha,kempis macam korang tekan ubat gigi!! hehe, Xda la, dapat kurangkan berat badan sudah. 

Hmm, bagoslah. Dapat warming up seblom puasa nie banyak manfaat dye. Dapat didik diri supaya kekuatan diri untuk menghadapi ramadhan akan lebih memberi impak yang besar pada iman, dan amalan kita, insyaAllah (^_^)

Huhh, berat badan bukan berkurang. Tapi bertambah-tambah!!! Cehh. Selera makan punya. Hahaha..harap ak dapat menjalani ibadah puasa dengan keadaan terkawal. Moga kita berjumpa pada ramadhan nanti!! InsyaAllah.

[VS] Alhamdulillah terima kasih sekalung budi!!

Bismillahhirrahmanirahim,
Admin Hafez hisham ingin mengucapkan sekalung budi, seribu ucapan "Terima kasih" tidak terhingga especially rakan-rakan wall facebook!! Hehehe, terima c0z ingatkan. Aku balaskan dengan ucapan agar korang dimurahkan rezeki, diberkati hidup ini dan dipanjangkan umuq!! Semoga Allah berkati kalian!!! Nahh, ada hadiah untuk korang jugak!!hehe

*@_@"Takot-takot ada yang tak sempat nak ucap, terima lah ucapan yang e-khlas ini #Thank u!!!! (^_^)

Tuesday, June 12, 2012

[VS] Menghitung Hari Untuk Perjalanan seterusnya!!!

Bismillahhirrahmanirahim, Assalammualaikum kawan-kawan blogger!!! Wahh, terasa sungguh hati ini bila membuka blog yang kian berhabuk nie!! Haha.. (>_<)

Apa sudah jadi dengan belong ini?? Saya malas ja..malas nak update2.. sekarangkan ada twitter, facebook..so lagi mudah nak kongsi cerita kat situ.

Apa kisah menghitung hari?? hmm, tinggal beberapa hari, saya akan rindukan cuti saya yang panjang!!! Hahaha..memang terbaik.. Dulu start bulan 1, saya kerja dkt2 sini ja..pastu dapat tawaran kerja kat langkawi!! Alhamdulillah, rezeki naik pangkat..hehe, teros esoknya pergi naek bas. Banyak pengalam kerja sebagai tukang angkat hidang makanan!! Tahu tak pantai cenang?? alah, belakang umah tu!! hehe, Kat situ lah saya mencari rezeki, beberapa minggu ja, saya dah selesai..end than, balik perak balik..cuti lah memanjang!! Cdang nk cari kerja balik lepas dpt result SPM, tapi ak nak duduk umah jugak..ak nie degil kan??? haha...

Eermm, insyaAllah...saya lepas nie akan lebih tertumpu pada followers.."Hemm,nampaknya..follower ak nie makan lama, makin tak berganjak"..hahaha..salah saya juga kan?? sapa suruh Xupdate blog, padan muka dapat follower sikit ja..cehh.. Well, citer-citer yang nak post nanty, mungkin celaru k0t..tambah-tambah citer merepek,merapu, agar pengikut rakan tetangga blog nie tak ketinggalan dah... hope korang suka k.. Happy2 selalu!!

Thursday, April 12, 2012

[VS] Percutian Paling Bermakna!!!

Salam, lama Xupdate blog, rase rindu itu kembali semula untuk menguatkan diri untuk terus menaip ayat2 yang simple-simple ja..haha.. simple tapi bermakna,,kan,kan,kan..hehe.. Sekejap ja dah masuk bulan empat, hmm, korang dah isi borang UPU? Hmm, kat rumah nie setiap hari ade surat tawaran masuk ipta..tapi semua swasta..hmm saya malas lah layan surat macam tu..bukannya ape, nanty takot pihak ipts nie ambek duit lebih2.. Ptptn dah ade, duit dalam diam masuk dalam akaun ipts tu..naya ja..

Beberapa minggu yang lepas, ak bersama sepupu pergi bercuti..3minggu lepas,ak dengan kawan ak dekat Langkawi,hehe.nak cari pengalaman kot. Kawan ade saudara dekat sana, so dye tahu lah jalan2 dekat sana.. hm, oke lah, tak mau lah sembang panjang-panjang, korang bukannye bace pon.,kan? hahaha,,dah letih jari menaip..nah,,layan gambar kami bercuti..terima kasih korang!!

 Kapitan Georgtown, sedap kot ayam tanduri!! Mai lah..hehe

 Ni ak bersama sepupu..

Ditepi pantai yang indah!! :)

 Kaku sekejap..haha



 Jeti....


Tasik Bunting..

 Hehe,saje suke2 ambek gambar..:)
.. :)


Langkawi


Alhamdulillah,selamat pulang jugak..huhu

Saturday, March 24, 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalammualaikum, apa khabar rakan-rakanku. MasyaAllah, sudah lama saya tidak berblog. Atas sebab urusan pekerjaan, saya masih tiada ruang untuk mengisi lapang bersama blog. Dalam 4minggu, saya bersyukur pada Allah kerana masih diberi nyawa untuk saya terus hidup berbakti pada agama,bangsa dan negara. Alhamdulillah juga, keputusan SPM saya amat memberangsangkan dan amat cemerlang dalam tempoh saya dibangku sekolah. Syukur sangat-sangat. :) Untuk pengetahuan rakan-rakan, tajuk blog saya kini telah bertukar kepada Variasi Simfoni!![VS]