Showing posts with label DIARI HATI. Show all posts
Showing posts with label DIARI HATI. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

Ku dihalaman Rindu :(

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu

Menjelma seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa

Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Gitu mudah membenci

Ku di halaman rindu
Hanya berteman bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum tiada madu

Oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rindu
Oh kasih ku hanyalah untuk mu 



Mencari pilihan yang tepat

Bismillahhirrahmanirrahim, assalammualaikum readers! lama Xupdate blog nie..rase kekok pulak nak
menaip. Dah sem 2 sy duk beljr kat poly, alhamdulillah, setakat nie bagus. Sebenarnya, nak kongsi lah apa yang kita lakukan saban hari nie. Mari baca!
Kita tiap2 hari diuji dengan pelbagai cabaran termasuk quiz, test, final dan lain2 hal. Urusan dunia memang berat, tapi bila kita tahu urusan akhirat itu sebenarnya lebih mudah bagi kita! Sedar Xsedar, kita dalam ambang dunia akhir zaman. Ya kawan2, sedarlah diri dan sy sendiri sedar atas ap yang sy lakukan sebelum ini. Dunia nie cuma pinjaman buat kita untk apa kita hidup didunia ini? pertama untuk kita berbakti dan sujud pada Allah, mencari keredhaan Allah, mecari ilmu dunia dan ilmu akhirat sebagai sebati nya hidup kita didunia yang fana ini. Sy tak pasti yang diri sy ini boleh atau tidak meneruskan ilmu dunia ini. Sy dh niat mahu belejr ilmu akhirat dan lebihkan masa pada urusan agama berbnding urusan mencari markah atau pointer. Cukuplah kita tahu kemahiran dan tahu ilmu itu untuk digunapakai nnty. Moga apa yang saya kongsi ini memberi dorongan untk sy terus berbakti pada agama Allah. Moga urusan kita selamat dan dipermudahkan...aminn

Sunday, December 9, 2012

Seruan Hati Kekasih [VS]

"Seruan hatiku"
Hanya padamu
diri ini hanya milikmu
datanglah menghampiri
air mataku mengalir mengharapkanmu.
hanya padamu dan jiwaku padamu
wahai kekasihku usia kita, usiaku,
seluruh hidupku hanya untukmu.
cintamu, hayatku, diriku buat kita bercinta
sebenar- benar cinta.
 
hatiku disini, keindahanmu milikku
jadi bersatu...
hatiku memanggil
harapkan engkau sentiasa setia
hanya dirimu selepas bertahun
lihatlah sayang..
kita berjumpa disini dan bersama.
air mataku mengalir keranamu
engkaulah kekasih, diriku untukmu
seluruh hidupku, usiaku
kerna matamu aku serahkan segalanya..
apa yang daku harapkan
indahnya kau disisi
bersamaku selamanya
katakanlah kepadaku, diri ini
sekian lama mengharapkan
hati ini, perasaan ini
bersama hati dan perasaan.
Untuk pasangan berkhawin shja. :D
♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Bila Ibu sudah Tiada [VS]


Mendengarkan tajuk hati sudah terasa gundah.
Apa tidaknya, jika selama ini masih ada ibu, apabila sudah tiada, maka barulah terasa sakitnya sebuah kehilangan.

Setelah sebulan lebih ibu bersama dirumah malayan anak dan cucunya, maka memohonlah dia mahu kembali ke teratak usang yang telah lama ditinggalkan, yang amat dirindui.

Maka gusarlah dia lantas teringat akan kucing, ayam, pokok sayur yang ditanam dan pokok buah...buah apa, yang ada hanyalah buah kelapa, kerana musim buah lambatlah lagi.

Dengan akur dan taat maka si anak menghantar pulang si ibu, lantaran tidak mahu digelar anak derhaka..seterusnya dia pun hiba dan pilu..apa lagi anak-anaknya yakni cucu-cucu kepada si ibu tadi, melelehlah airmata mereka di kala mahu berpisah meninggalkan si ibu keseorangan sebatang kara di kampung.

Di saat bertolak balik ke bandar, gundahlah semua hati anak dan cucu, tidak terperi lagi.

Tinggal doa buat si ibu agar sihat dan selamat, terpelihara oleh Allah swt empunya alam.

Dan mula berpikirlah si anak, ini baru berpisah di atas dunia, kalau di alam yang berbeza?? oh maka meleleh lagi airmata si anak.

Ibu aku masih mahukan kasih sayangmu.
Allah, panjangkan usia ibuku.



 
♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Thursday, April 12, 2012

[VS] Percutian Paling Bermakna!!!

Salam, lama Xupdate blog, rase rindu itu kembali semula untuk menguatkan diri untuk terus menaip ayat2 yang simple-simple ja..haha.. simple tapi bermakna,,kan,kan,kan..hehe.. Sekejap ja dah masuk bulan empat, hmm, korang dah isi borang UPU? Hmm, kat rumah nie setiap hari ade surat tawaran masuk ipta..tapi semua swasta..hmm saya malas lah layan surat macam tu..bukannya ape, nanty takot pihak ipts nie ambek duit lebih2.. Ptptn dah ade, duit dalam diam masuk dalam akaun ipts tu..naya ja..

Beberapa minggu yang lepas, ak bersama sepupu pergi bercuti..3minggu lepas,ak dengan kawan ak dekat Langkawi,hehe.nak cari pengalaman kot. Kawan ade saudara dekat sana, so dye tahu lah jalan2 dekat sana.. hm, oke lah, tak mau lah sembang panjang-panjang, korang bukannye bace pon.,kan? hahaha,,dah letih jari menaip..nah,,layan gambar kami bercuti..terima kasih korang!!

 Kapitan Georgtown, sedap kot ayam tanduri!! Mai lah..hehe

 Ni ak bersama sepupu..

Ditepi pantai yang indah!! :)

 Kaku sekejap..haha



 Jeti....


Tasik Bunting..

 Hehe,saje suke2 ambek gambar..:)
.. :)


Langkawi


Alhamdulillah,selamat pulang jugak..huhu

Saturday, March 24, 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalammualaikum, apa khabar rakan-rakanku. MasyaAllah, sudah lama saya tidak berblog. Atas sebab urusan pekerjaan, saya masih tiada ruang untuk mengisi lapang bersama blog. Dalam 4minggu, saya bersyukur pada Allah kerana masih diberi nyawa untuk saya terus hidup berbakti pada agama,bangsa dan negara. Alhamdulillah juga, keputusan SPM saya amat memberangsangkan dan amat cemerlang dalam tempoh saya dibangku sekolah. Syukur sangat-sangat. :) Untuk pengetahuan rakan-rakan, tajuk blog saya kini telah bertukar kepada Variasi Simfoni!![VS]