Wednesday, December 30, 2009

Penafian Blog

Dimaklumkan bahawa, blog ini bebas untuk menceritakan isi hati penulis dan isu isu yang berkaitan dengan suasa yang ada di Malaysia am nya.. huhuhu.. Namun, blog ini tidak bertanggungjawab atas keselamatan dalam penggunaan bahasa di blog ini erk.. hehe.. Harap semua faham situasi penulis sebenarnyer bukan nye mengcopy.. tapi menaip apa yang terlintas..huhu..^^ ,,

Jadi.. disini ade peraturan baru untuk blog ini
Pertama
  • -Bahasa yang digunakan dalam blog ini, menggunakan bahasa pasar atau bahasa sms.. so kepada sesape yang Xsuke bace bahasa sms tuu,, minta maaf sangat-sangat.. harap faham dengan situasi penulis
  • -Semua cerita ini seratus peratus kepunyaan penulis.. dan post dalam blog ini boleh dikongsi bersama..
  • -Semua cerita yang bakal dipostkan ditapis dahulu sebelum ianya di (Publish) kan..Nak tengok kot-kot ade yang Xbaek kew.. sebab ak menaip bukan bace.. ape yang terlintas ak tulis jew.. huhuhu
Dan Terakhir
  • -Ak mengharapkan ramai pengikut yang akan follow blog ini.. blog ini sedang rancak membangun untuk semua pengguna bloggger Malaysia.. hehe

Follow me!!
~Harap maaf juga kepada pembaca blog kerana saya menggunakan ayat Aku yang mana pembaca disini lebih dewasa atau lebih tua.. JIka ade, maafkan saya..
Teruskan membaca kat siniw!! Senyum2 selalu!!

Wednesday, November 11, 2009

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3 2009

Salam semua..minta maaf sebab tak dapat ajak rakan-rakan blog hafez datang ke Jamuan Akhir Tahun...Coz nie untuk form3 je..hehehe..sory.. Alhamdulillah..kenyang perut..Hari nie hafez sarapan kuih je..hafez sabar..hafez nak tunggu makan jamuan..hehehe..aduh..Tunggu punye lame dah nak dekat balik..baru makan.. dalam 1.40 petang.. Tapi hafez sabar jugak.. Mase aktiviti pagi..kita orang buat ais krim...Ya Allah..Pergh..sedap! Sampai menjilat bekas ais krim tu..hehehe...Tahu tak! Hafez buat sendiri ais krim tu..guna bahan2 yang cikgu sediakan..Em..korang nak tahu cam mana nak buat ais krim? Senang..Ini ais krim tanpa meyimpan dipeti ais yang selalu korang buat kat rumah..ini tak payah nak guna peti ais...ini guna ais ketul je...Oklah..Bahan2 yang perlu korang sediakan...Air Dutch Lady perisa strawberi atau coklat..Kalu tak ade air dutch lady..gune air sirap atau air yang korang rase macam sedap untuk korang buat ais krim...taruh je..hehehe..pastu..kene ade ais ketul, Garam, Plastik kedap udara...saiz besar dan saiz kecil..Kertas aluminium..er..hafez tak tahu sgt nama bende nie...Tapi selalu orang gune untuk balut makanan untuk dibakar dalam ketuhar.. Pastu tuala. Ok..mula2..korang isi air dutch lady perisa strawberi dalam plastik kedap udara bersaiz kecil..pastu korang isi ais ketul dalam plastik kedap udara bersaiz besar dan letakkan garam...Tau tak..apa gune garam kalu letak dalam ais?? Ah..nie untuk memastikan suhu Ais Kekal sejuk. Ingat! Suhu ais bukan meningkat..tapi menurun.. Meningkat untuk air panas... Ok..dah letak garam dalam ais..pastu..letakkan air duct lady tadi dalam plastik yang ade ketullan ais tadi..Dah letak..pastu balut dengan kertas aluminium tadi..Pastu..tutup dengan kain tuala dan lilitkan..dah tutup bungkusan tadi..bolehlah goncang sampai termercik ke muka orang lain..hehehe..oklah..dah goncang samapi 150 kali?? Bolehlah tengok hasilnye..dah jadi ais krim dutch lady berperisa strawberi..bolehlah nikmati bersama guru2 sains..hehehe.. Best buat eksperimen ais krim nie...Oklah..nak sambung cerite pasal jamuan..dah duduk dalam dewan...kemas2 jap..susun meja.. dalam pukul 12 tengah hari..baru Ustazah guru kelas hafez datang bawak makanan..alah..biasa je..nasi goreng cina..Pastu..pukul 1.20 plak..datang makayah kawan hafez nie bawak makanan yang paling mahal...Pizza..Uh..tak sangka..tahun nie special sekit..makan-makanan orang barat..hehehe.. Alhamdulillah..Majlis Jamuan nie berakhir dengan sempurna bersama-sama guru..






100_8634.JPG

100_8658.JPG

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalammualaikum semua..sihat k? Pejam celik..raye pun dah nak dekat..esok.. Maaf lah tak sempat nak postkan awal-awal..sebabnye buszy.. Sory jugak kepada rakan-rakan sebab tak dapat balas comment cepat..

[pelita_raya.jpg]

Sempena Hari Raye yang bakal tiba..Hafez sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AiilFitri.. Hafez juga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali hafez di Internet nie..Dan semoga rakan-rakan sentiasa diberkati Allah.. Datang le ke rumah..Hehee.. Tahu ke Alamatnye? Tak pe.. Hafez cadang nye nak buat cerite best sempena hari raye nie..Tapi apakan daya..masa tak mengizinkan..Rakan-rakan perasankan..Hafez baru je tukar tempelet.. Link kawan-kawan nanti hafez letakkan.. Oklah..hafez nak tolong masak rendang..lemang beli je kat kedai..Selamat Beraye..Selamat Balik kampung..hati-hati pandu kereta..

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Bulan Yang Mulia

Assalammualaikum rakan-rakan blog. Dah lame Hafez tak online..Minta maaf ye sebab bulan puasa nie banyak aktiviti yang kita lakukan..apa aktivitinye? Em..Ok..Mari kita fahamkan dan ketahui apa itu puasa dan apa kelebihannye..sebelum tu..Hafez nak Ucapkan selamat Berpuasa..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhT0b2cQttBpNFFlAU6mBrVexMSY4pUdC0uxSogjIYepoZEz1935Q34o-fctVXVpiRcSPdawkyHcLfGsvwSfCQyZXInBtmXC9QFaytHRc-qnpTj1fQJWGZh2QLHH3loBhf08XC-wL9RlZ0/s400/Selamat+Menyambut+Ramadhan.jpg
Maksud puasa:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2)
3) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

http://ibucemerlang.files.wordpress.com/2006/12/baby_eat_melon1.jpg

Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.


SEMBAHYANG TARAWIH

1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.



Sunday, August 16, 2009

Award Lagi!! Dari Daus.

Award dari Daus..sempena hari kemerdekaan yang ke 52.. Apa tema tahun nie ye??
Em..hafez pun tak tahu..tak pe lah...


ANUGERAH BINTANG BLOGGER


Malaysia Merdeka+Daus Entertainment

Saturday, August 15, 2009

Logo Hari Kemerdekaan Malaysia!!


1976 - KETAHANAN RAKYAT
1977 - BERSATU MAJU
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988 - BERSATU
1989 - BERSATU
1990 - BERJATA
1991 - WAWASAN 2020
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1998 - NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
2000 - 2006 - KERANAMU MALAYSIA
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Selamat Menyambuat Bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan yang ke 52!

Sejarah dan Kita



Hari nie hafez nak bagi soalan..
siapa yang dapat jawab..orang tu lah yang paling pandai lah dalam bab sejarah negara kita..

SOALAN 1: Siapakah yang mengistiharkan tarikh kemerdekaan?

SOALAN 2: Dimanakah tempat pengistiharaan diadakan?

SOALAN 3: Berapa kali laungngan Merdeka! pada 31 Ogos 1957?

Jawab..jangan tak jawab..

http://suzila.files.wordpress.com/2008/09/malaysia-bendera-jalur-gemilang.jpg


Sunday, August 2, 2009

Aku DiBelasah

Selamat tinggal kawanku yang berada jauh disini.. Dulu..engkau sentiasa mengingati daku tentang perkara baik pada diriku..tetapi..mase tu..aku hanya mendengar saje.. Bila ku dah dewasa sedikit..pada umur 11 tahun..otak ku dapat membezakan yang mane buruk dan yang mane baik..Pada mase tu..aku dibelash oleh beberapa geng member kelas yang same..mase tu..aku seorang pengawas..bukan nye mawas.. aku berkata kepada guru disiplin.”Cikgu!!, Aiman tumbuk kawan saya Cikgu! Lepas tu..Cikgu ku berkata, Mane dia budak tu..biar aku ajar dia..Macam pelakon pulak aku tengok mase tu..Tiba-tiba…Gengster atau dikenali geng otai sendirian tu menoleh muka dia yang bengis..tapi tak le macam askar jepun.. askar Jepun lagi jahat macam syaitan.. pastu aku berasa takut..entah kenape tiba-tiba diriku terdiam seperti tiang elektrik yang berada tak jauh dari tempat kejadian tersebut..Oh..lupa lak..mase tu kat sekolah..Selepas budak tu dibawa jumpa guru tersebut.. aku melihatnye melalui tingkap pejabat..dia dibawa masuk ke pejabat guru besar.. aku melihat dan aku terdengar bunyi..Piap..argh..What sound..aku terdengar kawan ku cakap macam tu..aku pergi mengintai dari dekat.. Tiba-tiba kawan geng dia datang kepada ku..Woi..siapa yang berani kacau kawan aku tu!? Aku menggelek kepala ku..bukan aku..Lepas tu..dia mencari lagi suspek yang memberitahu berita nahas tu kepada guru disiplin..Aku berasa amat risau dan mula le keluar air mata ku yang fist time aku tak pernah nangis mase tu..aku pun ikut je kawan sekelas..mase tu ade le dalam 6orang termasuk geng kawan tadi yang sedang mencari suspek tersebut..terpaksa lah aku mendiamkan diriku dan menipu pada dia yang aku tak bersalah.. aku pun duduk lah diatas meja yang disediakan bersama kawan-kawan tadi..kawan yang kene tumbuk mase tu ade kat pejabat..dia kene rehat kan diri dulu..taku nanti kene lagi..tapi aku berfikir..tak nye dia nak belasah kawan ku yang kene tumbuk tu.. mesti lepas nie aku le mangsa dia..Tiba-tiba..kawan ku yang mengetahui perkara tersebut bercakap pada geng tersebut..”Dial ah yang bagi tau kat Cikgu tu..OO..engkau lah yang nagi tau ye..siap ko..balik karang aku nak jumpa ko..Em..apa lagi..aku pun ikut je body guard aku dari belakang..mase tu body guard aku pon ikut same ngan geng jahat-jahat..mungkin hari tu dia nak buat keje amal kot.. aku pun macam biasa buat tak tahu kat kelas..Selapas beberpa jam yang lalu..aku masih risau..jam menunjukkan waktu pulang dah hamper dekat..Tiba-tiba..Loceng sekolah pun berbunyi..Kring-kring..Aku pun cepat-cepat berlari pergi ke garai basikal sekolah..Rupe-rupe ye..dia dah Waitting aku lah..nahas lah kau kali nie..aku ditemani kawan ku..aku buat tak tahu je.. aku melihat geng jahat tadi berkata..” Woi..kalau berani jom lawan.. ko ingat ko kuat sangat lah kabor kat cikgu..mase ade le loghat Perak..Tapi dia orang jawa..nape dia kate begit..aku tak pasti sangat..Aku bernasib baik..aku hanya diberi amaran..tapi..budak yang kene rotan tadi..tak puas hati pada ku..aku mula lah risau balik.. Dai berkata” Mu kalu nok lawen ngan aku..Mu copat-copat datang ket sinie..aku pelik..budak nie tinggal kat mane..tiba-tiba pening cakap bahasa orang agu kot..aku pun tak kisah lah apa yang dia cakap.. aku balik dengan kesedihan.aku berkata..macam lah aku nak hidup macam nie kalau asyik orang ganggu..Aku berdoa kepada Allah.supaya dia menjadi seorang yang penyabar..dan seorang yang baik hati..Pada esok pagi nye..aku meminta maaf pada nye..dia menerima maaf ku..dah mase tu pun ..aku pon letaklah jawatan sebagai pengawas sekolah..dan aku berpindah sekolah..aku menjadi pengawas pusat sumber..aku gembira dan dia pun puas hati terhadap ku..Pada mase tu..Hanya Allah S.W.T Sahaja yang dapat membantu aku.. Alhamdulillah..

Saturday, August 1, 2009

Aku Terpaksa

Salam.. rindunye lah kat sini.. lame tak online kat sini.. Tentang post Kemana Aku Menghilang..hafez dah buang.. Sory ye.. Akhirnye..Hafez on9 jugak kat sini..adakah aku mungkir janji?! Em..rasenye..tak ade..sebabnye..hafez pun dah buat peraturan sendiri.. sepanjang bulan ramadhan nanti..mesti bestkan..Macam-macam ade..kuih..air..ape lagi ye.. nasi.. dan pelbagai makanan lah yang sama ade dibeli atau buat sendiri tu..memang jimat..Save duit untuk hari raye nanti.. Macam dengan persiapan Hari raya..? Mesti tak sedia nie..hehe..puasa pun blum..nie nak persiapan untuk raya..Nie hafez ade tips untuk beli barang untuk raye...Kalu nak beli baju ke..seluar ke.. apa-apa yang nak beli..Belilah barang mase nak raye..maksudnye..2 hari nak raye..Potongan duit akan dibuat jika anda larat nak beli tengah malam..tu yang kat pekan..yang kat pasaraye.. Nie Tipsnye.. cakap kat pekerja yang ada kat situ.. Cik/Abang, saye duit nak save untuk budak-budak..kang deme nak datang beraye..duit tak ade..Mesti dia bagi terus percume..Kalu tak berkesan jugak..cakap macam nie..Cik/Abang.. Balik kampung..tambang mahal.. sampai-sampai kat destinasi lain..kene naik teksi..dah kene habiskan duit tu.. Aha..macam mane? Ok tak tips nie..Harap-harap ade lah yang buat macam nie..Hehehe.. Perasan tak.. Bulan Puasa same ngan bulan Merdeka.. Bulan merdeka bukan nye bulan untuk berpesta.. ye lah..macam kat tv selalu..ade je orang anjurkan macam-macam program..bukan memberi manfaat pun..dahlah bulan puasa..Ok..hafez nak tutup cerita.. Blog hafez yang satu lagi tu...hafez nak buat perubahan sikit..So.. Maklumat yang ade kat situ akan diletakkan disini..Harap maklum..

Saturday, April 25, 2009

Nota Buat Rakan-rakan

Salam semua..hari nie mungkin hafez last online.. tak tahu lah masa bila nak online.. bulan 5 nie nak Peperiksaan pertengahan tahun..kene buat betul2.. Jadi..kepada rakan2 hafez..hafez Nak mohon maaf banyak-banyak kalau ade hafez buat salah masa chatting ke..tak balas mesej ke.. sebab hafez sekarang dah busy..Apa2 pun hafez dah buat keputusan yang hafez akan datang update blog hafez nie bulan 6. Kepada rakan-rakan blog..yang mane yang ade hantar mesej kalau hafez tak balas..minta ampun banyak-banyak.. Bulan 9 nanti, hafez nak raiikan Ulang Tahun Blog PendidikanHiburan hafez nie dah nak masuk 1 tahun. Pada hari tersebut..ade special skit..hehe..nak tengok tunggu bulan 9 nanti.. ade lah pambaharuan sikit blog hafez nie.. mungkin perkara yang baru akan hafez letak dalam blog ini.. Kepada kawan2 hafez yang sekolah di SMKDSML tahun nie, yang menduduki PMR tahun nie juga, hafez doakan kejayaan anda sekalian.. Sesape yang nak kenali saya..boleh je..nak nombor fon ke? Boleh je..tapi kalau nak sangat..hantar e-mail kat hafez. Ade kat profile hafez..tapi tak tahu lah nak online masa bila.. Jangan lupa juga, malam nie ade kelanten lawan ngan selangor..agaknye sape yang menang.. kawe follow je.. hehe.. 1 lagi..tengok bola jangan lupa SEMBAHGANG! Mane le tahu kan.. ade yang sanggup tengok perlawanan nie secara live kat sane! nasihat jua kepada penyokong-penyokong bola sepak..jangan timbul kan masalah dan jangan cari gaduh..yang menang tetap menang..yang kalah..kene try lagi dan usaha kene ade macam Pasukan Perak tahun nie tak memuaskan hati ku.. jauh ketinggalan..pemain nye mude-mude lagi k0t. Sampai kat sini je..kite jumpa pada bulan 6 nanti..dan jangan lupa melawat blog hafez94 nie selalu.. wataufikwahidayah..assalammualaikum.. Goodbye :::. :)

Sunday, April 19, 2009

IKAN yang TERBESAR DI DUNIA?





baru Semalam hafez tengok cerita ikan besar yang ade kat Amazon. Tapi sian jugak tengok pengambaraan cerita tu..sian..last2 minute baru dapat ikan yang dia nak iaitu ikan pirucu. Ikan hidup di tasik amazon atau sungai amazon. Ikan nie mampu membesar 15 kaki k0t. Memang besar giler lah tengok cerita nie semalam.. berat.. tapi isi ikan nie sedap..kata deme le.. kita ikan yang sedap ikan baung..pergh.. Hafez pun ade jugak memancing. tapi dapat yang kecik je..jadi leh..rezeki jugak. Kerajaan negara amazon kat sane melarang penduduka kampung sane menangkap ikan nie jika panjang nye belum melebihi 6 kaki. Tapi hafiz rasa kan..org sane tak kisah tentang undang2 ke..penjara ke..deme dapat yang kecik pun kebas je.. ate..mane tak nye..ikan nie memang susah nak cari. harga pun mahal.. Ikan nie nak pupus.. jadi..penduduk kat sane dah terima akibat nye.. tangkap ikan nie tak kira jumlah nye.. oleh itu..kita jgnlah tangkap ikan yang blum matang lagi ye..same lah ngan hafez..hafez pun nak berubah le..