Friday, December 31, 2010

Lebaran Tahun Baru 2011




SeLaMaT TaHuN BaRu 2011 semua!!! Perutusan rasmi blog dan seluruh komuniti blogger Malaysia.

Assalammualaikum W.B.T. Salam sejahtera, kita bertemu lagi dilebaran tahun baru 2011 sebagai tahun kita mulakan azam baru kita, semangat dan kekuatan bersama dalam melaksanakan tugas harian kita sebagai ummat Islam. Namun, setiap kali kita meraikan tahun baru, sudah pasti ada segelintir masyarakat menghiburkan diri di Lebaran tahun baru. Setiap kali tahun baru, kita sering kali mendengar dan membaca berita tentang kes-kes yang melibatkan sosial dan aktiviti negatif. Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa perlu bersatu dalam menggeratkan sillaturahim. Jika kita sama-sama tanamkan azam dan semangat baru ditahun 2011 sebagai tahun "Berusaha Bersunguh-Sunguh" dalam melaksanakn tugas mahupun aktiviti. Sudah pasti,kualiti kita dalam satu tugas pasti memuaskan dan baik.Tidak lupa juga kepada para Blogger yang sentiasa mengUpDatekan blogger mereka dengan pelbagai info dan hiburan yang boleh kita jadikan nilai dalam hidup kita. Syabas yee... :)



Kini, saya dan blog mungkin tidak akan bersama lagi kerana saya mulakan azam baru saya yang baru agar saya tidak terlalu leka dengan hobi saya ini iaitu berblog. Saya berharap agar semua rakan-rakan faham situasi saya ini dan terus sentiasa bersama blog hafez94 dan 1-informasi sebagai webBlog yang memberi info dan ilmu untuk dikongsi bersama. Majulah bersama Blogger dan komuniti Blog Malaysia tidak kira bangsa dan agama. KeArah Matlamat 1 Harapan, 1 Matlamat.

Sekian, wassalam.