Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 !!

http://afzaiafandi.com/wp-admin/images/2009/11/2010.jpg


Selamat Tahun Baru 2010! , Hafez ade pantun nak bagi

Kisah semalam jadikan tauladan
Atasi masaalah untuk mengelak
Segala yang baik harus di teruskan
Yang buruk tu jadikan sempadan

Tahun ini baru bermula
Wawasan kita tingkatkan kejayaan
Masa kita dah terlepas lama
Galakkan anak-anak tampil kedepan

Sempena Tahun Baru nie..Hafez ingin memohon maaf jika sebelum nie hafez ade buat salah semasa berblog..Hafez nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan blog yang selama ini banyak memberikan hafez dorongan dan mendoakan kesejahteraan hafez..Alhamdulillah..Counter pelawat hafez sekarang 10000..Hafez juga berharap agar ramai lagi follower yang nak join blog hafez. Tahun nie blog hafez ade perubahan yang sedikit sahaja. Walaupun tak ramai yang nak jenguk blog hafez nie..hafez rase bersyukur..Hafez dapat bantu rakan-rakan mencari maklumat di blog hafez..Walaupun blog hafez yang sebelum nie iaitu blog hafez94 tidak menceritakan tentang aktiviti hafez seharian dan tidak setanding dengan blog lain..blog hafez94 kini lebih dikenali sebagai blog rujukan kerja kursus..Ramai juga kawan-kawan mendapat manfaat dan dapat menyiapkan kerja sekolah dengan hanya 1 klik sahaja.. InsyaAllah..hafez akan cube membaiki kesederhanaan blog hafez menjadi blog nombor 1 diMalaysia..huhuhu..Itu lah matlamat blog hafez... Hafez mendoakan kepada rakan-rakan blog agar tahun nie kita dirahmati Allah dan dilindungi Allah. Semoga tahun nie lebih baik dari tahun 2009!... Teruskan berblog..Teruskan Perjuangan..Terima Kasih...


Wednesday, December 30, 2009

Penafian Blog

Dimaklumkan bahawa, blog ini bebas untuk menceritakan isi hati penulis dan isu isu yang berkaitan dengan suasa yang ada di Malaysia am nya.. huhuhu.. Namun, blog ini tidak bertanggungjawab atas keselamatan dalam penggunaan bahasa di blog ini erk.. hehe.. Harap semua faham situasi penulis sebenarnyer bukan nye mengcopy.. tapi menaip apa yang terlintas..huhu..^^ ,,

Jadi.. disini ade peraturan baru untuk blog ini
Pertama
  • -Bahasa yang digunakan dalam blog ini, menggunakan bahasa pasar atau bahasa sms.. so kepada sesape yang Xsuke bace bahasa sms tuu,, minta maaf sangat-sangat.. harap faham dengan situasi penulis
  • -Semua cerita ini seratus peratus kepunyaan penulis.. dan post dalam blog ini boleh dikongsi bersama..
  • -Semua cerita yang bakal dipostkan ditapis dahulu sebelum ianya di (Publish) kan..Nak tengok kot-kot ade yang Xbaek kew.. sebab ak menaip bukan bace.. ape yang terlintas ak tulis jew.. huhuhu
Dan Terakhir
  • -Ak mengharapkan ramai pengikut yang akan follow blog ini.. blog ini sedang rancak membangun untuk semua pengguna bloggger Malaysia.. hehe

Follow me!!
~Harap maaf juga kepada pembaca blog kerana saya menggunakan ayat Aku yang mana pembaca disini lebih dewasa atau lebih tua.. JIka ade, maafkan saya..
Teruskan membaca kat siniw!! Senyum2 selalu!!

Wednesday, November 11, 2009

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3 2009

Salam semua..minta maaf sebab tak dapat ajak rakan-rakan blog hafez datang ke Jamuan Akhir Tahun...Coz nie untuk form3 je..hehehe..sory.. Alhamdulillah..kenyang perut..Hari nie hafez sarapan kuih je..hafez sabar..hafez nak tunggu makan jamuan..hehehe..aduh..Tunggu punye lame dah nak dekat balik..baru makan.. dalam 1.40 petang.. Tapi hafez sabar jugak.. Mase aktiviti pagi..kita orang buat ais krim...Ya Allah..Pergh..sedap! Sampai menjilat bekas ais krim tu..hehehe...Tahu tak! Hafez buat sendiri ais krim tu..guna bahan2 yang cikgu sediakan..Em..korang nak tahu cam mana nak buat ais krim? Senang..Ini ais krim tanpa meyimpan dipeti ais yang selalu korang buat kat rumah..ini tak payah nak guna peti ais...ini guna ais ketul je...Oklah..Bahan2 yang perlu korang sediakan...Air Dutch Lady perisa strawberi atau coklat..Kalu tak ade air dutch lady..gune air sirap atau air yang korang rase macam sedap untuk korang buat ais krim...taruh je..hehehe..pastu..kene ade ais ketul, Garam, Plastik kedap udara...saiz besar dan saiz kecil..Kertas aluminium..er..hafez tak tahu sgt nama bende nie...Tapi selalu orang gune untuk balut makanan untuk dibakar dalam ketuhar.. Pastu tuala. Ok..mula2..korang isi air dutch lady perisa strawberi dalam plastik kedap udara bersaiz kecil..pastu korang isi ais ketul dalam plastik kedap udara bersaiz besar dan letakkan garam...Tau tak..apa gune garam kalu letak dalam ais?? Ah..nie untuk memastikan suhu Ais Kekal sejuk. Ingat! Suhu ais bukan meningkat..tapi menurun.. Meningkat untuk air panas... Ok..dah letak garam dalam ais..pastu..letakkan air duct lady tadi dalam plastik yang ade ketullan ais tadi..Dah letak..pastu balut dengan kertas aluminium tadi..Pastu..tutup dengan kain tuala dan lilitkan..dah tutup bungkusan tadi..bolehlah goncang sampai termercik ke muka orang lain..hehehe..oklah..dah goncang samapi 150 kali?? Bolehlah tengok hasilnye..dah jadi ais krim dutch lady berperisa strawberi..bolehlah nikmati bersama guru2 sains..hehehe.. Best buat eksperimen ais krim nie...Oklah..nak sambung cerite pasal jamuan..dah duduk dalam dewan...kemas2 jap..susun meja.. dalam pukul 12 tengah hari..baru Ustazah guru kelas hafez datang bawak makanan..alah..biasa je..nasi goreng cina..Pastu..pukul 1.20 plak..datang makayah kawan hafez nie bawak makanan yang paling mahal...Pizza..Uh..tak sangka..tahun nie special sekit..makan-makanan orang barat..hehehe.. Alhamdulillah..Majlis Jamuan nie berakhir dengan sempurna bersama-sama guru..






100_8634.JPG

100_8658.JPG

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalammualaikum semua..sihat k? Pejam celik..raye pun dah nak dekat..esok.. Maaf lah tak sempat nak postkan awal-awal..sebabnye buszy.. Sory jugak kepada rakan-rakan sebab tak dapat balas comment cepat..

[pelita_raya.jpg]

Sempena Hari Raye yang bakal tiba..Hafez sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AiilFitri.. Hafez juga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali hafez di Internet nie..Dan semoga rakan-rakan sentiasa diberkati Allah.. Datang le ke rumah..Hehee.. Tahu ke Alamatnye? Tak pe.. Hafez cadang nye nak buat cerite best sempena hari raye nie..Tapi apakan daya..masa tak mengizinkan..Rakan-rakan perasankan..Hafez baru je tukar tempelet.. Link kawan-kawan nanti hafez letakkan.. Oklah..hafez nak tolong masak rendang..lemang beli je kat kedai..Selamat Beraye..Selamat Balik kampung..hati-hati pandu kereta..

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Bulan Yang Mulia

Assalammualaikum rakan-rakan blog. Dah lame Hafez tak online..Minta maaf ye sebab bulan puasa nie banyak aktiviti yang kita lakukan..apa aktivitinye? Em..Ok..Mari kita fahamkan dan ketahui apa itu puasa dan apa kelebihannye..sebelum tu..Hafez nak Ucapkan selamat Berpuasa..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhT0b2cQttBpNFFlAU6mBrVexMSY4pUdC0uxSogjIYepoZEz1935Q34o-fctVXVpiRcSPdawkyHcLfGsvwSfCQyZXInBtmXC9QFaytHRc-qnpTj1fQJWGZh2QLHH3loBhf08XC-wL9RlZ0/s400/Selamat+Menyambut+Ramadhan.jpg
Maksud puasa:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2)
3) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

http://ibucemerlang.files.wordpress.com/2006/12/baby_eat_melon1.jpg

Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.


SEMBAHYANG TARAWIH

1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.



Sunday, August 16, 2009

Award Lagi!! Dari Daus.

Award dari Daus..sempena hari kemerdekaan yang ke 52.. Apa tema tahun nie ye??
Em..hafez pun tak tahu..tak pe lah...


ANUGERAH BINTANG BLOGGER


Malaysia Merdeka+Daus Entertainment

Saturday, August 15, 2009

Logo Hari Kemerdekaan Malaysia!!


1976 - KETAHANAN RAKYAT
1977 - BERSATU MAJU
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988 - BERSATU
1989 - BERSATU
1990 - BERJATA
1991 - WAWASAN 2020
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1998 - NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
2000 - 2006 - KERANAMU MALAYSIA
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Selamat Menyambuat Bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan yang ke 52!

Sejarah dan Kita



Hari nie hafez nak bagi soalan..
siapa yang dapat jawab..orang tu lah yang paling pandai lah dalam bab sejarah negara kita..

SOALAN 1: Siapakah yang mengistiharkan tarikh kemerdekaan?

SOALAN 2: Dimanakah tempat pengistiharaan diadakan?

SOALAN 3: Berapa kali laungngan Merdeka! pada 31 Ogos 1957?

Jawab..jangan tak jawab..

http://suzila.files.wordpress.com/2008/09/malaysia-bendera-jalur-gemilang.jpg