Monday, July 1, 2013

Gambar Menarik Minggu Ini Siri 1





#Gambar menarik minggu ini siri 1

Peristiwa di KLiA

Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci. Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA. Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"... Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri. Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika sy di KLIA utk menyambut sedara pulang dr umrah, sy dipertemukan sekali lg dgn brader berkopiah yg sama dgn brader kelmarinnya. Sy tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yg pasti sy bkn ahli "dua alam". Sy terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?" Jawab beliau, "Sy tinggal di Batang Kali Selangor. Sy dtg sini sebab kelmarin sy terlupa. Bila sy solat, sy pakai kopiah surau. Lepastu terlupa nk pulangkan semula. Sebabtu sy dtg sini nk pulangkan semula"... Terkejut biawak sy dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Dahla brader tu dtg semula ke KLIA naik motor shj. Beliau sanggup bawa motor berpuluh2 kilometer utk sekadar memulangkan kopiah cabuk yg diambil tanpa sedar. Inilah contoh brader yg beriman. Dia tahu itu bukan miliknya. Benarlah org yg beriman ia tak pernah tergugat utk mengambil harta yg haram. Walaupun ia bernilai 10sen sekalipun. Itulah perbandingan org yg beriman. Krn persoalan halam dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yg bkn haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding org yg jauh dr keimanan. Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yg diambil haknya org lain bernilai jutaan ringgit sekalipun. Ya Allah, jadikan kami insan yg warak.. Insan yg 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan.

Wednesday, May 15, 2013

Bekas Nasi Goreng Amira (copypaste) -VS!!



Begini kisahnya, waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu, dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap.

Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira, Mira..aku teringin nak makan nasi goreng kau, kau asyik bawak roti je, apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.

Amira termenung, nampak muka dia macam tak sedap. Alahh tak nak lah nasi goreng aku tak sedap lah.ko mesti tak nak makan nanti Alahhh ko bawak je, ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap ko bawak je la mesti sedap punya.

Ok la kau punya pasal esok aku bawak, aku bawak nasi goreng special untuk kau. Yeeaaahhh anak saya suka sangat sebab Amira setuju nak bawak nasi goreng esok.

Sampai di rumah, malam hari sebelum tidur. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu. Mak boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng ? Mak Mira terkejut apa sayang ? Esok Mira nak bawak nasi goreng, Kenapa? Esok Mira ada jamuan ke ?

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok, Mira bawak roti je la. Alahh mak boleh lah tak payah bubuh rencah pun tak apa, mak taruk telur je pun dah ok.

Ya lah baik la esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya, telur pun tinggal sebijik je tau dah malam-malam buta ni mana nak carik telur bawang pun dah habis tu takpe la mana yang ada je lah.

Keesokkannya dalam dalam kelas anak saya tanya Mira, Mira ko bawak nasik goreng tak ? Aku bawak ni Mira senyum.

Kau bawak tak Mira ? Bawak le aku bawak kan semalam dah janji.

Ok cayalah tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.

Jam 10.00 pagi loceng rehat bunyi mereka berdua berlari ke kantin nak tukar-tukar nasi goreng.
Sampai di kantin, Mira kau nak air tak? Hari ni aku belanja kau air, kau nak air apa? Aku belikan.

Alah tak kisah air apa-apa pun tak apa aku minum je.

Alahhh Mira kenapa ko tak buka bekal lagi ni, ko duk diam je kat situ apasal ? ya la aku tunggu kau datang bawak air kita buka bekal sama-sama.

ooo ya ker jom jom kita buka bekal.

Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik, Mata anak saya tidak berkelip.

Amira mana nasi goreng kau? Ko bawa apa ni ? Ni lah nasi goreng aku kau buka je lah.

Tuan atau Puan nak tau ? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon warna kuning bekas tu.

Amira kenapa kau letak nasi goreng dalam bekas Axion ni ? Mak ko tak marah ke ? Tak rasa sabun ke nanti ?

Tak la mak yang bubuh dalam bekas tu, kat rumah aku mana ada tupperware macam ko, memang kami pakai balik bekas sabun tu, standard la kami memang dah biasa macam ni.

Air mata anak saya mula bergenang tunggu masa untuk tumpah.

Mira kenapa kau tak cakap yang kau takde bekas untuk bawak nasi ni, aku boleh bagi kau bekas, kenapa kau tak cerita dengan aku Mira kau ni kan.

Mira tunduk tolong jangan nangis boleh tak ? Semalam kau yang cakap kau nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak ? Makan je la.

Mira aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kau, takpe lah Mira jom kita makan, kau makan nasi goreng aku, aku nak rasa nasi goreng ko.

Ehhh tak per..tak per..kau makan je nasik goreng kau, nasi goreng aku tak sedap bubuh dalam bekas sabun pula tu.

Mira jgn ckp mcm tu, bagi sini aku rasa nasi goreng kau, ya la rasa sesudu je kompom tak sedap tu.

Anak saya pun makan rasa sesudu, memang betul pun tak sedap, nasi goreng Amira putih meleset takda rencah, takda rasa pun tawar je, tapi anak saya tak kisah dia tak merungut pun.

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu, air mata dia plak berlinang, anak saya tanya kenapa kau nangis, dia cakap tak ada apa, takpelah, kita makan je la.

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya, saya menangis tapi saya tidak menangis semasa itu. Saya tidak mahu menangis di depan anak saya. Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis.

Selesai anak saya bercerita saya cakap kat anak saya, esok bawak bekas tupperware kat dapur tu bagi kat Amira ya cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.

Lepas tu saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta, sebenarnya bukan saya tengok kereta saya menangis semahunya kat tepi kereta tu, tak sangka sangat di zaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita sedih dan sayu hati ni.

Kepada orang kaya di luar sana ingatlah dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.

Saya berdoa kepada Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan Aminn.

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.

Terima kasih.

kredit to: Harian Islam Malaysia! tq

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen bubar hari ini# 3 April 2012!

Assalammualaikum

Hahahaha,,tgok kt utube balik, sah PM salah sebut, bukan 2013, tpi 2012..adakah ini gurauan?? nampak mcam yakin ja PM berucap tdi...hm,, Ini kali lah!! kasi tukar semua penipuan dan korupsi yang berlenggu selama 56 tahun memerintah. Moga dapat merasa tukar kerajaan baru...nak juga melihat kerjaan baru yang akan dapt mengubah nasib bangsa malaysia. Beri lah peluang.. akhir kata, SUPORT PR.


Saturday, March 30, 2013

Ku dihalaman Rindu :(

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu

Menjelma seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa

Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Gitu mudah membenci

Ku di halaman rindu
Hanya berteman bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum tiada madu

Oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rindu
Oh kasih ku hanyalah untuk mu 



Mencari pilihan yang tepat

Bismillahhirrahmanirrahim, assalammualaikum readers! lama Xupdate blog nie..rase kekok pulak nak
menaip. Dah sem 2 sy duk beljr kat poly, alhamdulillah, setakat nie bagus. Sebenarnya, nak kongsi lah apa yang kita lakukan saban hari nie. Mari baca!
Kita tiap2 hari diuji dengan pelbagai cabaran termasuk quiz, test, final dan lain2 hal. Urusan dunia memang berat, tapi bila kita tahu urusan akhirat itu sebenarnya lebih mudah bagi kita! Sedar Xsedar, kita dalam ambang dunia akhir zaman. Ya kawan2, sedarlah diri dan sy sendiri sedar atas ap yang sy lakukan sebelum ini. Dunia nie cuma pinjaman buat kita untk apa kita hidup didunia ini? pertama untuk kita berbakti dan sujud pada Allah, mencari keredhaan Allah, mecari ilmu dunia dan ilmu akhirat sebagai sebati nya hidup kita didunia yang fana ini. Sy tak pasti yang diri sy ini boleh atau tidak meneruskan ilmu dunia ini. Sy dh niat mahu belejr ilmu akhirat dan lebihkan masa pada urusan agama berbnding urusan mencari markah atau pointer. Cukuplah kita tahu kemahiran dan tahu ilmu itu untuk digunapakai nnty. Moga apa yang saya kongsi ini memberi dorongan untk sy terus berbakti pada agama Allah. Moga urusan kita selamat dan dipermudahkan...aminn

Friday, December 28, 2012

Perumpamaan Lobak, Telur, dan Kopi [VS]

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan d
an berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.





Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”


Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.


Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.



Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan..


Jadi siapakah kita hari ini?

  • Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.
  • Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

  ♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥