Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 - Jiwa baru, Semangat Baru!! Ubah Sekarang!!

Assalammualaikum.. uwahh.. Malam nieww dah sampai masuknya tahun baru Islam.. bertambah semangat lah jiwa ini..huhuhh.. Disini ak nak buat salam maal hijrah buat semua umat Islam yang berada diluar dan didalam negara yang tercinta ini. Buat semangat baru dan kekalkan nya. InsyaAllah niat baik tuew ade barakahnya..
Ak juga ingin memberitahu lebih awal sebab esok ak Xade kat dalam umah.. ade keje yang perlu diselesaikan..InsyaAllah.. lepas SPM blog nieww akan berjalan seperti biase..tapi lain dari yang biase.. hehehe.. Duk umah jupp..on9 lah ape2 yang suke.. Dalam post ini jugak. ak sediakan doa
akhir tahun dan awal tahun.. Tapi doa akhir tahun kene bace petang niew jugak!! Jom print post niew..huhh ^^

Klik image untuk besarkan...
Doa Akhir Tahun



(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah )

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksud Doa Akhir Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Klik image untuk besarkan...

Doa Awal tahun

(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksud Doa Awal Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Petang nieww.. mari kita ramai2 bace doa akhir tahun untuk tahun ini sebelum maghrib.. dan selepas mahgrib, bace doa awal tahun..



huhuh.. maaf doa Xbrapew nak besar.. coz ambik dari internet..Semoga kita dijauhkan dari bencana dan perkara yang tidak baik.. ^^

3 comments: